“First Aider, CPR & AED”, sesi pertama

Pada 4 hingga 5 Februari 2025, PKNS FM Integrated (PKNS FMI) dengan kerjasama Bumi Safety Academy telah menganjurkan satu sesi latihan dalaman yang bertajuk “First Aider, CPR & AED”, sesi pertama. Tujuan utama penganjuran latihan ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada warga kerja PKNS FMI mengenai kepentingan kemahiran asas “First Aid”, “Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)”, dan “Automated External Defibrillator (AED)” dalam situasi kecemasan.

Kemahiran ini amat penting dalam memastikan keselamatan diri dan orang lain, khususnya di tempat kerja dan dalam kehidupan seharian. Dengan adanya latihan ini, diharapkan warga kerja PKNS FMI dapat bersedia dan bertindak sekiranya berlaku insiden yang memerlukan tindakan kecemasan, sekaligus menyelamatkan nyawa. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan latihan ini.

Write a comment