Pada 7 Februari 2025, PKNS FM Integrated (PKNS FMI) telah mengadakan kunjungan hormat ke Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam, Selangor. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak serta kerjasama antara PKNS FMI dengan pihak Bomba & Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam.
Dalam sesi kunjungan hormat tersebut PKNS FMI dan pihak Bomba & Penyelamat Malaysia turut membincangkan pelbagai inisiatif untuk kerjasama yang boleh dilaksanakan seperti latihan kebakaran, kursus-kursus kesedaran mengenai pencegahan kebakaran, pemeriksaan premis bangunan, serta lain-lain aktiviti. Kolaborasi bersama ini boleh memberikan manfaat kepada komuniti setempat khususnya kepada penyewa-penyewa bangunan di bawah penyelenggaraan PKNS FMI.
PKNS FMI turut menyampaikan penghargaan kepada pasukan bomba atas komitmen dan dedikasi mereka dalam menjalankan tugas. Kedua-dua pihak berharap hubungan ini akan terus diperkukuhkan demi kepentingan bersama di masa hadapan.