Pada 20-22 Januari 2025, telah berlangsung program Lab Penyeragaman Perjanjian Perkhidmatan ‘Managed Industrial Park’ (MIP) Negeri Selangor bertempat di WYNDHAM Ion Majestic Hotel, Genting Highlands. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyeragamkan format perjanjian perkhidmatan MIP yang akan menjadi teras kepada perjanjian MIP dengan penglibatan PBT, agensi teknikal, pemaju, pembeli/penyewa dan pengurus taman perindustrian.
Penyelarasan perjanjian ini amat penting untuk memastikan terma dan syarat yang dipersetujui oleh semua pihak, termasuk pihak berkuasa, pemaju, pengurus taman industri, dan pembeli/penyewa demi melindungi kepentingan semua pihak yang terlibat. Kami di PKNS FM Integrated (PKNS FMI) yakin bahawa program ini dapat meningkatkan keyakinan pelabur dan memastikan kelestarian projek ini.