“First Aider, CPR & AED”, sesi kedua

Pada 18 hingga 19 Februari 2025, PKNS FM Integrated (PKNS FMI) dengan kerjasama Bumi Safety Academy telah menganjurkan sesi latihan dalaman pertama bertajuk “First Aider, CPR & AED”, sesi kedua. Objektif utama latihan ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga kerja PKNS FMI tentang kepentingan kemahiran asas “Pertolongan Cemas”, “Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)”, dan “Automated External Defibrillator (AED)” dalam situasi kecemasan.

Kemahiran ini sangat penting untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain, terutamanya di tempat kerja dan dalam kehidupan harian. Dengan adanya latihan ini, diharapkan warga kerja PKNS FMI akan lebih bersedia dan mampu bertindak dengan tepat sekiranya berlaku insiden yang memerlukan tindakan kecemasan, serta dapat menyelamatkan nyawa. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan latihan ini.

Write a comment