Pada 26 Februari 2025, PKNS FM Integrated (PKNS FMI) telah menganjurkan satu sesi “ISO Awareness Training 9001 & 14001 ” yang diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Teknikal. Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua warga kerja PKNS FMI tentang kepentingan serta manfaat sistem ISO QMS (Quality Management System) dan ISO FMS (Facilities Management System) dalam sesebuah organisasi.
Di samping itu, sesi ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan warga kerja tentang bagaimana kedua-dua sistem ini dapat meningkatkan prestasi organisasi, memastikan pematuhan terhadap standard yang ditetapkan, serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih teratur dan sistematik.