Majlis Iftar Muzakki & Penyerahan Zakat (IMTIYAZ)

SHAH ALAM, 12 Mac – PKNS Facility Management Integrated (PKNS FMI) telah menunaikan tanggungjawabnya dengan membayar zakat perniagaan berjumlah RM90,154 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) semalam.

Menurut PKNS FMI, pembayaran zakat dilakukan sempena Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) di Dewan Orkid, Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

“Penyerahan ini mencerminkan komitmen berterusan PKNS FMI dalam memenuhi tanggungjawab sosial serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan ekonomi umat Islam di Selangor,” menurut kenyataan di Facebook rasmi syarikat.

Zakat tersebut diserahkan oleh Ketua Jabatan Kewangan PKNS FMI, Abdullah Hakim Hamzan, dan diterima oleh Ketua Pegawai Korporat dan Projek Khas, Puan Hajah Arifa Ariffin.

PKNS FMI, sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang ditubuhkan pada 2023, menyediakan perkhidmatan pengurusan fasiliti dan hartanah secara menyeluruh, termasuk penyelenggaraan, pembersihan, keselamatan, serta penyelesaian kelestarian.

Write a comment