Shah Alam – Telah berlangsung Majlis Iftar PKNS FMI “Kasih Ramadhan 2025” anjuran PKNS FM Integrated pada hari Jumaat (21 Mac 2025) bertempat di De Palma hotel, Shah Alam.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Faizul Abu Bakar. Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah PKNS FMI, YBhg. Dato’ Haji Norhamidi Abdul Rahman, Ketua pegawai eksekutif PKNS FMI Tuan Haji Shamshul Bahari Ahmad, rakan-rakan strategik perniagaan dan warga kerja PKNS FMI yang turut hadir sama pada petang itu.
Sebelum Iftar berlangsung, Ketua pegawai eksekutif PKNS FMI Tuan Haji Shamshul Bahari Ahmad telah memberi sumbangan berupa duit raya dan beramah mesra bersama anak-anak yatim dan asnaf dari pertubuhan pusat jagaan budi bistari yang di bawa khas untuk berkongsi rezeki berkongsi nikmat kesyukuran dan keseronokan berbuka puasa.