Majlis Raya Serumpun anjuran Gabungan Anak Syarikat Kumpulan PKNS (GAS)

Shah Alam, 23 April 2025 – Majlis Raya Serumpun anjuran Gabungan Anak Syarikat Kumpulan PKNS (GAS) berlangsung dengan meriah, menghimpunkan warga kerja dan syarikat di bawah kumpulan PKNS.

Majlis ini bukan sahaja meraikan sambutan Aidilfitri, tetapi turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh kerjasama dan menyemai semangat kebersamaan antara kakitangan. Kehadiran tetamu dari pelbagai latar belakang turut memeriahkan suasana serta mencerminkan kekitaan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, khususnya jawatankuasa penganjur, para penjaja yang menyediakan juadah, serta semua tetamu yang hadir memeriahkan acara.

Diharapkan majlis seperti ini dapat terus menjadi medan menyatukan hati, menyuburkan semangat kekeluargaan dan kebersamaan sesama kumpulan PKNS.

pkns
pknsfmi
kitaselangor
shahalam
aidilfitri

Write a comment