Program Ceramah sempena sambutan Maulidul Rasul 1447H telah diadakan dengan jayanya di Ibu Pejabat Korporat PKNS FM Integrated (PFMI), Plaza Perangsang, Shah Alam. Program ini bertujuan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memupuk kecintaan terhadap Baginda dalam kalangan warga kerja.
Majlis diserikan dengan alunan selawat qasidah oleh anak-anak Pondok Motivasi HamlatulQuran, diikuti ceramah oleh Ustaz Ashraf Suarin yang menyentuh keperibadian dan sunnah Rasulullah SAW.
#pknsfmi
#maulidurrasul
#pondokmotivasihamlatulquran
#shahalam
#kitaselangor