Kunjungan hormat ke atas Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

PKNS FM Integrated Sdn. Bhd. (PFMI) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang baharu, Mohd Sabirin Mohd Sarbini, di ibu pejabat MAIS di sini, semalam.

Diketuai Ahli Lembaga Pengarah PFMI, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid yang juga wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), bersama-sama Pengurus Besar Kewangan PFMI, Abdullah Hakim Hamzan.

Menurut PFMI, pertemuan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan dua hala selain membuka ruang kerjasama strategik dalam usaha mengembangkan serta merancakkan ekonomi ummah di Selangor.

“PFMI yakin hubungan erat dengan MAIS bukan sahaja dapat memperkukuh ekosistem ekonomi negeri, malah mampu melahirkan peluang usahasama yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat. Kami komited menjadi rakan strategik yang menyokong agenda pembangunan negeri Selangor,” jelas kenyataan PFMI.

#pknsfmi
#maisselangor
#shahalam
#kitaSelangor

Write a comment