Shah Alam: Kesudian Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Papparaidu Veraman hadir ke pejabat PKNS FM Integrated Sdn. Bhd (PFMI), di sambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFMI, Tuan Haji Shamshul Bahari Ahmad serta seluruh wargakerja PFMI hari ini.
Kunjungan ini khususnya membentangkan projek penempatan pekerja berpusat (Centralised Labour Quarters – CLQ) yang terletak di Puchong yang bertujuan menyediakan penginapan yang lebih terurus untuk pekerja asing khususnya di Selangor. PFMI dalam kenyataan menyebut ingin menjadikan projek CLQ di Selangor rintis tangani isu penempatan pekerja asing.
Di bentangkan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Aset Kamaruzain Kamisan, memperlihatkan potensi kerjasama strategik dalam usaha memperkukuh penyediaan kemudahan kediaman pekerja bersama Kerajaan Negeri.
Kehadiran Yang Berhormat Tuan Papparaidu Veraman, di manfaatkan dengan seisi pengenalan secara ringkas mengenai Pusat Operasi Kecerdasan (IOC) Berasaskan Metaverse pertama di Malaysia. Beliau cukup teruja bagaimana transformasi digital mampu meningkatkan kecekapan sesebuah organisasi.
Kerajaan Negeri turut menyambut baik usaha PFMI dalam memainkan peranan aktif melalui pendekatan holistik khususnya CLQ yang bukan sahaja menyokong agenda pembangunan mampan, tetapi juga memperkukuh ekosistem pekerjaan di negeri Selangor.
#pkns
#pfmi
#CLQ
#KitaSelangorMajuBersama
#SUKSelangor
#MalaysiaMadani











