Majlis Iftar PFMI “Ihya Ramadan 2026”

Shah Alam, 27 Februari 2026 – Majlis Iftar PFMI “Ihya Ramadan 2026” anjuran PKNS FM Integrated telah berlangsung di De Palma Hotel, Shah Alam.

Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Elias Ismail, diikuti dengan penyampaian sumbangan duit raya oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS FM Integrated, Tuan Haji Shamshul Bahari Ahmad kepada anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Pertubuhan Pengurusan Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Miskin Sekendi.

Dalam majlis yang sama, pihak PFMI turut meraikan ulang tahun ketiga penubuhan syarikat serta beramah mesra bersama para tetamu yang hadir.

#pfmi
#weelevatevalues
#ramadan

Write a comment