Majlis Iktiraf Muzakki & Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) dan Majlis Iftar 2026
SHAH ALAM, 12 Mac – PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PFMI) telah menunaikan tanggungjawabnya dengan membayar zakat perniagaan bagi tahun 2025 berjumlah RM125,000 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Simbolik pembayaran zakat dilakukan sempena Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) di Dewan Orkid, Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Dalam kenyataan rasmi PFMI “Ianya mencerminkan komitmen berterusan untuk memenuhi tanggungjawab sosial serta menyumbang kepada kesejahteraan dan ekonomi umat Islam di Selangor,”
Zakat perniagaan tersebut diserahkan oleh Pengurus Besar Operasi PFMI, Bad Latif Mansor dan diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari. Turut hadir Pengurus Besar Akaun dan Kewangan Abdullah Hakim Hamzan.
#pfmi
#zakat2026
#KitaSelangor
#weelevatevalues
#lembagazakatselangor



