Eco Market Event Summary

Pada 22 Jun 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya program Eco Free Market di Lobi Plaza Perangsang Shah Alam yang telah dianjurkan oleh KPS Berhad. Program ini telah disertai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, KDEB Waste Management Sdn Bhd, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, Landasan Lumayan Sdn Bhd dan juga PKNS FM Integrated Sdn Bhd. Tujuan program ini diadakan adalah untuk:

• Mengurangkan beban golongan Asnaf/B-40 dan golongan yang memerlukan mendapatkan barangan baru/terpakai yang akan diberi secara percuma
• Menggalak dan mendidik orang ramai untuk melaksanakan amalan kitar semula
• Melahirkan masyarakat yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih
• Merapatkan hubungan dua hala antara penyumbang barang dan penerima barang

KPS Berhad juga telah mengagihkan sumbangan zakat bernilai RM135,700 kepada golongan asnaf, OKU, individu kurang berkemampuan, dan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan termasuk anak yatim yang kurang bernasib baik. Di samping itu, hasil penjualan barangan terpakai mengumpul kira-kira RM1,000 untuk disumbangkan kepada Gaza dan demi menyokong rakyat Palestin.

Setinggi-tinggi tahniah kepada 30 penyumbang daripada syarikat anak negeri Selangor, jabatan kerajaan, NGO dan juga individu-induvidu yang telah turut serta menyediakan pelbagai barangan secara percuma dan juga sukarelawan daripada UiTM dan BeKind yang sentiasa membantu sepanjang program.

Terima kasih kepada KPS Berhad kerana sudi menjemput PKNS FM Integrated Sdn Bhd untuk turut serta dalam program ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa hadapan.

(Sumber: KPS Berhad Instagram)

Write a comment