Kursus Kad Hijau CIDB

Pada 26 Jun 2024 (Rabu), seramai 10 orang warga kerja PKNS FM Integrated (PKNS FMI) telah menjalani kursus Kad Hijau CIDB. Kursus latihan ini merupakan latihan induksi keselamatan dan kesihatan bagi mewujudkan budaya keselamatan untuk mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan anggota semasa bekerja.

Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk memastikan pekerja binaan sedar atas kepentingan tempat kerja yang selamat dan sihat, mempelajari asas mengenai keselamatan dan kesihatan di kawasan pembinaan, dan untuk memahami sambil mengenali mengenai keperluan undang-undang berkaitan keselamatan dan kesihatan. Semoga kursus yang dihadiri ini dapat meningkatkan lagi kecekapan dan pengetahuan ahli warga kerja PKNS FMI sewaktu berada di kawasan pembinaan.

Write a comment