Majlis Perasmian Pejabat Baru PKNS FMI

Pada 16 Julai 2024 (Selasa), bertempat di Ibu Pejabat Korporat PKNS FM Integrated (PKNS FMI) di Plaza Perangsang, Shah Alam telah berlangsung Majlis Perasmian Pejabat Baru PKNS FMI yang telah dirasmikan oleh YBHG. Dato’ Mahmud Abbas, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PKNS FM Integrated Sdn Bhd. Majlis juga diteruskan dengan sesi penerangan dan lawatan ke Intelligent Operation Centre (IOC) oleh Tuan Haji Shamshul Bahari Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS FM Integrated Sdn Bhd kepada semua Ahli Lembaga Pengarah. Buat pertama kalinya juga mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah dilangsungkan di pejabat PKNS FM Integrated Sdn Bhd. Ribuan terima kasih diucapkan kepada kesemua Ahli Lembaga Pengarah atas kesudian memeriahkan majlis ini.

Write a comment