PKNS FMI ESG Walkathon

Sekitar program PKNS FMI ESG Walkathon pada 4 Oktober 2024 (Jumaat) yang telah dianjurkan oleh Jabatan Sumber Manusia PKNS FMI yang bertempat di sekitar kawasan Seksyen 14, Shah Alam. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang prinsip ESG (Environmental, Social, and Governance) dalam komuniti, sambil mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan.

Di samping itu, ia berfungsi sebagai platform untuk menyokong inisiatif sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat. Dengan ini, diharapkan program ini dapat memberi impak positif dan mendorong tanggungjawab sosial di kalangan warga kerja. Terima kasih kepada semua warga kerja PKNS FMI yang turut serta menyertai program ini. Semoga program ini dapat memupuk semangat kerjasama antara individu dan organisasi, serta meningkatkan pengetahuan tentang pelaksanaan prinsip ESG dalam kehidupan seharian.

Write a comment