Pada 11 Oktober 2024 (Jumaat) bertempat di Ibu Pejabat Korporat PKNS FM Integrated (PKNS FMI) telah berlangsung acara PFMI IDOL 2024 yang dianjurkan oleh Jabatan Sumber Manusia PKNS FMI. Acara ini diadakan bagi memilih seramai 8 orang daripada warga kerja PKNS FMI untuk bertanding di peringkat akhir PFMI IDOL 2024 yang bakal diadakan pada sesi Team Building PKNS FMI pada 25 – 27 Oktober 2024. Tahniah diucapkan kepada yang terpilih dan semoga berjaya di peringkat akhir nanti!