Tuan Haji Suhaimi bin Haji Kasdon Visit

17 Oktober 2024 (Khamis) – Pihak PKNS FM Integrated (PKNS FMI) dengan sukacitanya telah menerima kunjungan daripada Tuan Haji Suhaimi bin Haji Kasdon, Ahli Lembaga Pengarah PKNS FMI yang baru dilantik berkuatkuasa pada 1 Oktober 2024. Dalam sesi pertemuan ini, pihak PKNS FMI telah berpeluang untuk memperkenalkan syarikat secara lebih mendalam.

Kami berkongsi mengenai visi dan misi kami, serta pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan untuk memajukan syarikat. Perbincangan kami juga merangkumi perancangan, perkembangan dan juga hala tuju syarikat yang bertujuan untuk memastikan PKNS FMI terus relevan dan berdaya saing di dalam industri.

Write a comment