Pada 5 November 2024 (Selasa), Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Integriti Nasional (SBIN) 2024 telah diadakan di Dewan Matrade, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Sesi forum yang bertemakan “Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi” telah dijalankan oleh moderator YBrs. Prof. Dr Sarjit Singh A/L (Ahli IIM) bersama ahli panel YB Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya (Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman)), YBhg. Datuk Dr. Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid (Pengarah IJM Corporation Berhad) dan YBrs. Prof. Dr. Soo Wincci (Profesor Adjung Universiti Multimedia).
Ucapan alu-aluan oleh YBrs. Tuan Haji Rahman Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, diikuti dengan ucaptama dan perasmian Bulan Integriti Nasional 2024 oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri. Acara seterusnya melibatkan gimik dan montaj perasmian, sebelum diteruskan dengan pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan dua organisasi iaitu Commerce Dot Com Sdn Bhd serta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Semoga Majlis Bulan Integriti Nasional 2024 ini dapat memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan nilai-nilai integriti dalam kehidupan seharian demi mencapai masa depan negara yang lebih cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada Institut Integriti Malaysia kerana menjemput PKNS FM Integrated (PKNS FMI) untuk turut serta dalam majlis yang penuh bermakna ini.