Pada 26 Februari 2025, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menganjurkan Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024 bertempat di Wau Bulan Ballroom, Sofitel Kuala Lumpur. Anugerah diberikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), pemaju, universiti, pemilik bangunan, dan pihak berkepentingan sebagai penghargaan terhadap usaha mereka dalam mengurangkan pelepasan karbon.
Bangunan Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dibawah Pengurusan Fasiliti PKNS FM Integrated (PKNS FMI) telah mendapat Pengiktirafan 1 Diamond atas usaha dan komitmen sebagai Rakan Kongsi Rendah Karbon. PKNS FMI akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif mesra alam yang selaras dengan matlamat negara untuk mencapai pembangunan yang mampan dan rendah karbon.