Para sukarelawan Gabungan Anak Syarikat PKNS (GASPKNS) berkongsi rasa kekitaan di dalam Program Santai Mesra bersama komuniti asnaf di Sabak Bernam.
Peserta juga menikmati makan tengah hari yang di kelilingi sawah padi. Makanan yang dimasak juga secara bergotong-royong.
Antara aktiviti menarik termasuk membuat trumpet tradisional daripada daun, memasak sambal, menebar roti canai dan menghasilkan orang-orang yang sinonim dengan sawah padi. Program ini berlangsung pada 28 Jun di Sabak Bernam, Selangor.
Kami di PKNS FM Integrated Sdn. Bhd. sentiasa menyambut baik inisiatif selaras dengan nilai-nilai ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) dalam usaha memperkukuh hubungan dengan komuniti serta semangat kebersamaan.
#pknsfmi
#gaspkns
#csr
#sabakbernam
#weelevatevalues