PFMI Riuhkan PKNS Group Mingle Walk 2025
SHAH ALAM, 16 Ogos –
Hujung minggu di pusat bandar Shah Alam meriah dengan penganjuran PKNS Group Mingle Walk 2025 yang menghimpunkan warga kerja Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Seawal jam 6.30 pagi, ratusan peserta berkumpul di Galeria SA Sentral bagi memulakan acara berjalan kaki santai sejauh tiga kilometer.
Kakitangan PKNS FM Integrated Sdn. Bhd. (PFMI) bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Shamshul Bahari Ahmad hadir memberi sokongan penuh kepada penganjuran berkenaan.
Menariknya, PFMI turut menganjurkan aktiviti tambahan di sepanjang laluan dengan menyediakan tiga soalan kuiz di setiap lokasi ‘check point’ yang perlu dijawab peserta PFMI. 10 peserta terpantas menamatkan perjalanan turut membawa pulang hadiah misteri yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat.
Beberapa laluan utama di sekitar pusat bandar Shah Alam ditutup sementara mulai jam 6.30 pagi hingga 9.00 pagi.
#KitaSelangorMajuBersama
#pknsfmi
#shahalam