Selamat Hari Ibu 2026

Di sebalik kelembutan seorang ibu, tersimpan kekuatan luar biasa dalam mengimbangi kerjaya, keluarga dan kasih sayang tanpa batas. Terima kasih atas segala pengorbanan, doa dan kasih yang sentiasa menjadi inspirasi buat kita semua.

Sempena sambutan Hari Ibu dan tanda penghargaan, para ibu di PFMI menerima goodies dari MOMOYO Ice Cream & Milk Tea sebagai simbol manisnya kasih seorang ibu.

Inisiatif ini merupakan kolaborasi daripada CEO Office bersama Unit Komunikasi Korporat PFMI sebagai tanda penghargaan kepada semua ibu yang menjadi nadi kekuatan keluarga dan PFMI.

Kasih ibu sepanjang hayat,
setulus doa yang tidak pernah penat,
selembut pelukan yang sentiasa hangat!

Write a comment