Program Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) PFMI 2026

PKNS FM Integrated (PFMI) telah menganjurkan Program Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) PFMI 2026 pada 9 Jun 2026 di pejabat PKNS FM Integrated Sdn. Bhd. (PFMI).

Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Strategik Selcare Healthcare, Tengku Iesta Tengku Alaudin. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus Kewangan PFMI, Abdullah Hakim Hamzan, bersama Pengurus Operasi PFMI, Bad Latif dan Penolong Pengurus Besar, Ahmad Kamil Harris Ibrahim.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya saringan kesihatan yang dikendalikan oleh Selcare Clinic serta sesi perkongsian bertajuk Psikososial di Tempat Kerja yang disampaikan oleh En. Muhammad Iman Hafeez Mukhatar K.B., P.A., Pegawai Psikologi (S9) dari Pusat Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan mental di tempat kerja, selaras dengan usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, selamat dan produktif.

#pfmi
#selgate
#selcare
#weelevatevalues
#WorldOSHDay
#SayaJanjiSelamatSihat
#BudayaKerjaSelamat

Write a comment