Sesi Libat Urus Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
Jabatan HSSE bersama Jabatan Hard FM PKNS FM Integrated Sdn. Bhd. (PFMI) telah mengadakan sesi libat urus bersama Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor bagi membincangkan keperluan pematuhan terkini berkaitan Orang Kompeten Keselamatan Kebakaran (OKK), Fire Safety Manager (FSM) dan Fire Safety Officer (FSO).
Sesi ini telah dikendalikan oleh Tuan Razali bin Mohd Nasir (Penguasa Kanan Bomba I/KB12) dan Tuan Amiruddin Shukri bin Omar (Penguasa Bomba II/KB10), serta dipengerusikan oleh En. Bad Latif bin Mansor, Pengurus Besar Operasi PFMI.
Sesi perkongsian ini memberi peluang kepada warga PFMI untuk mendapatkan penjelasan mengenai keperluan terkini, bertukar pandangan secara langsung dengan pihak JBPM, serta memperkukuh kefahaman terhadap pematuhan Akta Perkhidmatan Bomba dan aspek keselamatan kebakaran.
Terima kasih kepada JBPM Negeri Selangor atas perkongsian ilmu serta komitmen dalam membantu organisasi meningkatkan tahap pematuhan dan memperkukuh budaya keselamatan di tempat kerja.
#PFMI
#WeElevateValues







