PKNS Group Mingle Walk 2026

PKNS Group Mingle Walk 2026

Hujung minggu di pusat bandar Shah Alam berlangsung meriah dengan penganjuran PKNS Group Mingle Walk 2026 yang menghimpunkan warga kerja Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Seawal jam 6.30 pagi, ratusan peserta berkumpul di Galeria SA Sentral untuk menyertai acara “mingle walk” sejauh tiga kilometer. Selain menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, program ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga kerja Kumpulan PKNS.

PKNS Group Mingle Walk 2026 bukan sekadar aktiviti riadah, malah menjadi medium untuk memperkukuh hubungan sesama warga kerja serta mewujudkan suasana kerja yang lebih positif, sihat dan harmoni.

#PKNS
#PFMI
#MINGLEWALK
#WEELEVATEVALUES

Write a comment