PKNS FM Integrated (PFMI) menerima Token Rakan Kerjasama Strategik bagi Inisiatif Selangor Advance

PKNS FM Integrated (PFMI) menerima Token Rakan Kerjasama Strategik bagi Inisiatif Selangor Advance yang disampaikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sempena Majlis Perasmian Inisiatif Selangor Advance 500 (SA500) di Selangor International Business Summit (SIBS) 2026. Token tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFMI, Tuan Haji Shamshul Bahari Ahmad.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen PFMI dalam memperkukuh kerjasama strategik serta menyokong pertumbuhan ekonomi Selangor melalui peluang pembangunan perniagaan yang berterusan.

#PFMI
#WeElevateValues
#KitaSelangor

Write a comment