PERUTUSAN CEO Hari Raya Aidilfitri – 1445H/2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya seluruh umat Islam akan menyambut 1 Syawal 1445H beberapa hari lagi. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PKNS FMI) yang dikasihi.

Syukur kehadrat Ilahi, berkat kesabaran semua pihak, akhirnya Ibu Pejabat PKNS FMI berjaya disempurnakan di dalam bulan yang mulia ini, sungguhpun berdepan pelbagai cabaran dan rintangan, segala usaha gigih oleh semua kakitangan amat dihargai dalam memastikan perpindahan ke Ibu pajabat PKNS FMI dapat direalisasikan. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua.

Alhamdulillah, walaupun penubuhan dan perjalanan Syarikat masih baharu, namun hasil usaha sama semua warga kerja, Syarikat telah berjaya mencapai pertumbuhan awal yang memberangsangkan pada tahun 2023, oleh itu, sebagai tanda terima kasih atas titik peluh dan kesungguhan warga kerja untuk 2023, Pihak Pengurusan Tertinggi & Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bersetuju untuk memberi imbuhan kepada semua kakitangan atas pencapaian ini. Semoga perjalanan kita pada tahun 2024 akan membuahkan hasil yang lebih baik daripada tahun lepas.

Dikesempatan Syawal ini, marilah kita mengamalkan sikap saling bermaaf-maafan, bertolak ansur, berbudi pekerti yang baik agar kita dapat membentuk satu keluarga yang lebih ceria, harmoni, bekerjasama dan cemerlang.

Selamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Sambutlah Aidilfitri dengan patuh syariah, saling bermaaf-maafan dan ziarah-menziarahi agar kita dapat memupuk semangat persaudaraan yang sejati.

Akhir kata dari saya berhati-hatilah di jalan raya sepanjang hari raya ini. Saya mewakili Pengurusan PKNS FMI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga PKNS FMI yang dikasihi.

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan dirahmati Allah SWT.

Ikhlas,
Haji Shamshul Bahari bin Ahmad,
Ketua Pegawai Eksekutif,
PKNS FM Integrated Sdn Bhd

Write a comment