PKNS FM Integrated Sdn. Bhd. (PFMI) telah menerima kunjungan daripada Normawati Ahmad, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor, Muhamad Rashid Othman, Pengarah PERKESO Negeri Selangor, serta Persatuan Industri Bandar Sultan Suleiman (PIBSS) ke Galeri Pameran CLQ, Kelana Jaya pada 24 Jun 2026.
Kunjungan ini bertujuan memberi peluang kepada pihak JTK, PERKESO dan PIBSS untuk meninjau dengan lebih dekat konsep Centralised Labour Quarters (CLQ), termasuk reka bentuk penginapan serta kemudahan fasiliti yang dirancang. Inisiatif ini mencerminkan komitmen dalam menyediakan penginapan pekerja yang lebih teratur, selesa dan sistematik, selaras dengan keperluan semasa serta standard yang ditetapkan.
#PFMI
#JTK
#PERKESO
#WeElevateValues
#CLQ








